Monday, July 4, 2011

KENYATAAN AKHBAR KONGRES MELAYU PULAU PINANG on Demonstrasi Jalanan

KENYATAAN AKHBAR KONGRES MELAYU PULAU PINANG, (KMPP)

DEMONSTRASI JALANAN - KMPP KECAM TINDAKAN EZAM MOHD NOOR


KMPP mengencam tindakan Mohamed Ezam Mohamed Noor yang menjadi dalang utama dalam demonstrasi.

Seperti mana yang dilaporkan oleh beberapa media cetak dan elektronik tempatan di mana Dato Musa Shaikh Fadzir yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam telah mengkritik secara terbuka Pentadbiran UDA Holdings Berhad yang kononnya akan melantik kontraktor dari luar Negara serta mengabaikan kontraktor tempatan untuk memajukan projek gergasi iaitu Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang mana dianggarkan melebihi 6 billion Ringgit. Beliau juga mensarankan supaya operasi UDA Holdings Berhad ditutup. Akibat daripada kenyataan beliau ini telah menyebabkan hampir 1,400 orang kakitangan Syarikat milik kerajaan pusat ini berada di dalam situasi panik. Pihak KMPP memandang serius kenyataan beliau. Jangan pandai membuat andaian tanpa usul periksa kerana Pengerusinya Dato Nur Jazlan telah mengesahkan bahawa pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh Kerajaan dalam sedikit masa lagi. Pihak KMPP hairan apakah motif sebenarnya yang tersirat terhadap kritikan beliau.


Pihak KMPP ingin menasihatkan beliau supaya lebih fokus kepada masalah ekonomi orang–orang Melayu terutamanya dikawasan Bukit Mertajam dimana beliau adalah Ketua bahagiannya. Jangan hanya nampak kuman diseberang laut tapi hakikatnya anak dirumah mati kebuluran. Orang melayu Pulau Pinang masih tidak lupa suatu ketika dahulu semasa era pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, siapakah yang berhasrat memajukan tanah pertanian di Relau disebelah Pulau, walaupun mengetahui tanah pertanian tersebut adalah milik Kerajaan Pusat. Nasib baik pembangunan tersebut dibatalkan. Jika tidak berapa banyakkah faedah orang-orang Melayu yang akan mendapat faedah keatas pembangunan tersebut? Siapakah yang pernah mencadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan kepada Orang Melayu dan beliau jugalah yang pernah mencadangkan supaya jawatan pengerusi PBA diberikan kepada pemimpin Melayu. Apakah asas serta cadangan beliau menguntungkan orang-orang Melayu pada ketika itu? Kenapa cadangan beliau ini diutarakan? Sudah pasti ada agenda yang tersembunyi disebalik cadangan beliau pada ketika itu.




Seterusnya pihak KMPP amat memandang serius keatas nasib pemilik-pemilik gerai di BAZAR PERDANA DI BANDAR PERDA, BUKIT MERTAJAM. Beliau adalah salah seorang pemilik syarikat pemaju yang terlibat didalam memajukan Bandar Perda tersebut. Bazar Perdana yang dimaksudkan mempunyai lebih daripada 300 unit dan difahamkan dijual diantara RM15,000.00 ke RM20,000.00 seunit. Diantara penjanjian terawal ditandatangani adalah semenjak tahun 1998. Difahamkan sijil penghunian diperolehi semenjak tahun 2003 lagi. Semua unit-unit telah habis dijual dimana lebih 80% pembelinya adalah orang-orang melayu yang mempercayai pelan asal pembangunan pemaju di Bandar Perda dilengkapi pasar besar Bukit Mertajam serta perhentian bas yang akan dipindahkan ke Bandar Perda. Malangnya tanah bagi memindahkan kemudahan pasar serta perhentian bas telah dibangunkan Pasaraya Jusco. Maka dengan itu, bermulalah kegagalan Bazaar Perdana untuk berfungsi seperti pelan asal pemaju. Kini bangunan Bazaar Perdana tersebut hanyalah sebuah bangunan gajah putih yang tersergam indah tanpa penghuni. Dari tinjauan pihak KMPP, banyak rungutan daripada pihak pembeli mengatakan bahawa mereka telah ditipu oleh pihak pemaju. Paling menyedihkan, terdapat beberapa unit milik pembeli kepunyaan orang melayu telah dilelong oleh pihak bank kerana tidak mampu membayar pinjaman akibat kegagalan pihak pemaju mengawalselia Bazar Perdana berkenaan.


Hakikatnya pihak pemaju yang di terajui oleh Dato’ Musa sendiri telah gagal untuk menguruskan bazaar tersebut dan pihak KMPP dimaklumkan bahawa tiada hakmilik strata yang dikeluarkan sehingga kini. Akibat daripada kecuaian tersebut sekarang ini pemilik-pemilik bazaar berkenaan menanggung kerugian dari segi ekonomi yang berpanjangan. Pemaju haruslah di pertanggung jawabkan sepenuhnya kerana gagal menguruskan bazaar berkenaan. Pemaju telah mengaut keuntungan tapi yang menanggung kerugian adalah majoritinya orang-orang melayu. Jangan jadi seorang pemimpin melayu yang hipokrit dan pihak KMPP mendesak agar pihak beliau supaya dapat mengatasi masalah yang berlarutan hampir 9 tahun ini diselesaikan dalam tempoh 30 hari. Jika gagal, atas nama ekonomi orang-orang melayu, pihak KMPP akan bertindak mengikut saluran-saluran tertentu dengan niat untuk menghidupkan kembali aktiviti-aktiviti perniagaan di bazaar tersebut. Ini termasuk juga kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan gantirugi kepada pemilik-pemilik berkenaan berasaskan kepada terma dan syarat perjanjian jualbeli terutamanya melibatkan kecuaian pihak pemaju. Pada waktu yang sama pihak KMPP berharap agar pemilik bazaar berkenaan dapat menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Pembeli bagi tujuan memudahkan masalah mereka disuarakan.


Pihak KMPP akan memberi kerjasama jika diperlukan. Sekali lagi ditegaskan bahawa KMPP tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk Kerajaan negeri atau kerajaan pusat mahupun parti-parti politik atas isu kegagalan menangani masalah ekonomi orang-orang melayu di Pulau Pinang.


Jangan memperalatkan orang-orang melayu Pulau Pinang untuk meraih publisiti murahan. KMPP akan terus membongkar semua penyelewengan yang melibatkan ekonomi orang-orang Melayu yang tidak diperjuangkan selama ini. Ramai orang melayu yang bukan asalnya daripada Pulau Pinang mendabik dada mengaku diri mereka anak Pulau Pinang, tetapi hakikatnya mereka adalah opurtunis yang lebih mementingkan diri mereka dan kuncu-kuncu mereka sahaja.


Mereka menuntut bantuan dan projek dari pihak atasan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat kononnya untuk menolong orang melayu Pulau Pinang. Sebenarnya projek dan bantuan tersebut adalah ditelan segelintir melayu yang menggunakan nama melayu Pulau Pinang. Pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat patut berhati-hati apabila ingin membantu Melayu Pulau Pinang kerana hakikatnya mereka ini opurtunis yang merugikan bangsa Melayu.


Akhir sekali pihak KMPP menasihatkan Dato Musa Shaikh Fadzil supaya melepaskan kesemua jawatannya di dalam UMNO Pulau Pinang kerana beliau telah gagal dalam banyak hal terutamanya di dalam membantu ekonomi untuk orang-orang melayu di Bukit Mertajam dan Pulau Pinang amnya.


KONGRES MELAYU PULAU PINANG




………………………………
RAHMAD ISAHAK
PRESIDEN, (019-4728509)