Wednesday, July 20, 2011

Kenyataan Media Chow Kon Yeow, Isu Penswastaan Sisa Pepejal

Kenyataan Media

Isu Penswastaan Sisa Pepejal Negeri Pulau Pinang


Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini menerima surat daripada Datuk Ahmad bin Haji Kabit, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertarikh 8hb Julai 2011 mengesahkan bahawa Kerajaan Pusat telah memberi kelulusan kepada Negeri Pulau Pinang dan Selangor supaya kecualikan daripada penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 yang akan dikuatkuasa mulai 1hb September 2011.

Perkara ini juga mendapat mengesahan daripada jawapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada YAB Lim Guan Eng, merangkap Ahli Dewan Rakyat Bagan di dalam Dewan Rakyat pada 28hb Jun 2011.

Ini bermakna, Kerajaan Negeri telah berjaya menolak penerimaan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Oleh yang demikian, semua tanggungjawab berhubung dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan dipikul oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pulau Pinang. Kos-kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam juga akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan PBT Pulau Pinang tanpa bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

Dalam hal ini, isu permohonan lesen di bawah Akta 672 juga tidak timbul dan pihak operator perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Pulau Pinang tidak perlu membuat permohonan lesen kepada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

Walaubagaimanapun, PBT Pulau Pinang sudi mematuhi KPI yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya dapat melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan baik.


Chow Kon Yeow
19-7-2011