Wednesday, July 20, 2011

Kenyataan Media Chow Kon Yeow mengenai Projek Vista Mutiara

Kenyataan Media Oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Dan
Ahli Exco Kerajaan Tempatan Dan Pengurusan Lalu Lintas Chow Kon Yeow
Selepas Melawat Projek Perumahan Vista Mutiara Di Jalan Jelutong, Pulau Pinang





Pada 19 Julai 2011

Dakwaan SPNB Bahawa Kerajaan PR Sengaja Ubah Syarat
Untuk Lengah CF Adalah Tidak Berasas.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mendakwa bahawa Kerajaan PR sengaja ubah syarat untuk lengah CF adalah tidak berasas.

Saya telah mengarah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ianya merupakan tohmahan sahaja.
MPSP telah melaporkan bahawa ia tidak mengenakan sebarang syarat tambahan yang baru semasa CF dipohon. Permohonan diproses mengikut syarat yang telah diluluskan dalam Pelan Bangunan.
Pada masa kini, MPSP sedang memproses permohonan CF daripada SPNB untuk 1 blok rumah pangsa kos rendah 4 tingkat (82 unit) di Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar dan permohonan tersebut diterima pada 29 Jun 2011.

MPPP perlu melaporkan bahawa projek rumah pangsa kos sederhana rendah 27 tingkat (404 unit) Vista Mutiara di Jelutong baru mengemukakan permohonan CF pada 16 Jun 2011. Walau bagaimanapun dua syarat didapati belum dipatuhi iaitu penyerahan tanah tapak penjaja kepada MPPP dan syarat penamaan jalan.

Pada 14 Julai pemaju mengemukakan permohonan kali kedua dan jika semua syarat dipatuhi, CF dijangka boleh dikeluarkan dalam masa yang terdekat.
SPNB seharusnya menunjukkan bukti bahawa PBT sengaja ubah syarat untuk melengah CF.
Pada lazimnya CF tidak dapat dikeluarkan kerana kegagalan pemaju memenuhi syarat syarat.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan pihak pemaju sama ada dari sektor swasta dan awam untuk memajukan projek perumahan mampu milik.
PBT diarahkan untuk memudahkan proses permohonan supaya matlamat menyediakan rumah mampu milik boleh dicapai.

Lebih baik bagi SPNB merunding dengan PBT untuk menangani masalah teknikal daripada membuat tuduhan yang berasas di surat khabar.