Wednesday, May 25, 2011

Kenyataan Media oleh Chow Kon Yeow menjawab laporan akhbar Star Metro

Kenyataan Media

Laporan “Traumatising Sight” oleh Akhbar Star Metro pada 25 Mei 2011


Saya telah menerima laporan daripada MPPP berkenaan dengan berita “Traumatising Sight” yang dipaparkan oleh Akhbar Star Metro pada 25 Mei 2011 seperti dilampirkan:

1. Merujuk kepada tajuk berita surat khabar STAR Metro pada 25.5.2011.

2. MPPP mempunyai sebuah pasukan Pengawalan Anjing untuk mengawal seluruh Pulau Pinang. Unit ini bertanggungjawab untuk menangkap anjing liar, anjing tanpa lesen, anjing yang mengejar orang awam, dan anjing yang mengancam keselamatan orang awam berdasarkan kebanyakan aduan yang diterima oleh MPPP setiap hari.

3. Seperti yang diarahkan Unit ini tidak dibenarkan menembak anjing-anjing yang telah ditangkap di hadapan orang awam. Anjing yang ditangkap akan dibawa balik ke Pejabat MPPP untuk dimusnah. Anjing-anjing yang tidak dapat ditangkap yang berada di kawasan lapang seperti di tepi pantai, kawasan bukit hanya akan ditembak menggunakan senjata “shot gun” selepas memastikan kawasan tersebut selamat. Penembak kami tidak pernah menembak di kawasan perumahan seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan kerana peluru ‘shot gun’ mengandungi antara 150-155 kacang-kacang timah dan kacang-kacang ini boleh melantun balik dan berbahaya kepada orang awam dan harta benda. Anjing yang ditangkap akan dimusnahkan menggunakan “humane stunner” yang diimport dari England. Senjata ini digunakan untuk memusnah anjing tanpa menyiksa haiwan tersebut, dimana senjata ini menggunakan peluru kosong yang terus menembusi sistem saraf otak haiwan tersebut yang menyebabkan haiwan mati dengan serta-merta.

4. Berdasarkan gambar foto yang disiarkan dalam akhbar berkenaan, MPPP ingin menegaskan bahawa gambar foto itu diambil sekitar tahun 2006 semasa operasi yang dianjur oleh SPCA Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh UK Animal Solution yang dianggotai dengan pasukan penangkap anjing yang membuat demonstrasi penggunaan kaedah jaring untuk menangkap anjing. Kaedah yang ditunjukkan adalah oleh UK Solution. Demonstrasi ini turut dihadiri oleh banyak media masa. UK Animal Solution mengakui kaedah penangkapan anjing menggunakan jaring didapati tidak sesuai kerana berat dan tidak berkesan dan sebaliknya mengesahkan, kaedah yang dilaksanakan oleh MPPP adalah lebih sesuai. Kaedah inilah yang digunakan oleh MPPP sehingga sekarang. Selepas demonstrasi, Pasukan UK Animal Solution menyokong dan mengakui bahawa kaedah Majlis menjalankan operasi penangkapan dan pemusnahan anjing adalah yang terbaik.

5. Gambar foto yang ditunjukkan dalam surat khabar The Star pada 25.5.2011 adalah dari gambar fail yang diadakan demo dalam tahun 2006 dan MPPP menyangkal sepenuhnya kenyataan ini. Perkara ini boleh disahkan dengan pihak SPCA sendiri. Untuk makluman, kakitangan yang memakai T-shirt hijau adalah kakitangan dari UK Animal Solution.


Chow Kon Yeow
25 Mei 2011