Skip to main content

Kenyataan Media oleh Chow Kon Yeow menjawab laporan akhbar Star Metro

Kenyataan Media

Laporan ā€œTraumatising Sightā€ oleh Akhbar Star Metro pada 25 Mei 2011


Saya telah menerima laporan daripada MPPP berkenaan dengan berita ā€œTraumatising Sightā€ yang dipaparkan oleh Akhbar Star Metro pada 25 Mei 2011 seperti dilampirkan:

1. Merujuk kepada tajuk berita surat khabar STAR Metro pada 25.5.2011.

2. MPPP mempunyai sebuah pasukan Pengawalan Anjing untuk mengawal seluruh Pulau Pinang. Unit ini bertanggungjawab untuk menangkap anjing liar, anjing tanpa lesen, anjing yang mengejar orang awam, dan anjing yang mengancam keselamatan orang awam berdasarkan kebanyakan aduan yang diterima oleh MPPP setiap hari.

3. Seperti yang diarahkan Unit ini tidak dibenarkan menembak anjing-anjing yang telah ditangkap di hadapan orang awam. Anjing yang ditangkap akan dibawa balik ke Pejabat MPPP untuk dimusnah. Anjing-anjing yang tidak dapat ditangkap yang berada di kawasan lapang seperti di tepi pantai, kawasan bukit hanya akan ditembak menggunakan senjata ā€œshot gunā€ selepas memastikan kawasan tersebut selamat. Penembak kami tidak pernah menembak di kawasan perumahan seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan kerana peluru ā€˜shot gun’ mengandungi antara 150-155 kacang-kacang timah dan kacang-kacang ini boleh melantun balik dan berbahaya kepada orang awam dan harta benda. Anjing yang ditangkap akan dimusnahkan menggunakan ā€œhumane stunnerā€ yang diimport dari England. Senjata ini digunakan untuk memusnah anjing tanpa menyiksa haiwan tersebut, dimana senjata ini menggunakan peluru kosong yang terus menembusi sistem saraf otak haiwan tersebut yang menyebabkan haiwan mati dengan serta-merta.

4. Berdasarkan gambar foto yang disiarkan dalam akhbar berkenaan, MPPP ingin menegaskan bahawa gambar foto itu diambil sekitar tahun 2006 semasa operasi yang dianjur oleh SPCA Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh UK Animal Solution yang dianggotai dengan pasukan penangkap anjing yang membuat demonstrasi penggunaan kaedah jaring untuk menangkap anjing. Kaedah yang ditunjukkan adalah oleh UK Solution. Demonstrasi ini turut dihadiri oleh banyak media masa. UK Animal Solution mengakui kaedah penangkapan anjing menggunakan jaring didapati tidak sesuai kerana berat dan tidak berkesan dan sebaliknya mengesahkan, kaedah yang dilaksanakan oleh MPPP adalah lebih sesuai. Kaedah inilah yang digunakan oleh MPPP sehingga sekarang. Selepas demonstrasi, Pasukan UK Animal Solution menyokong dan mengakui bahawa kaedah Majlis menjalankan operasi penangkapan dan pemusnahan anjing adalah yang terbaik.

5. Gambar foto yang ditunjukkan dalam surat khabar The Star pada 25.5.2011 adalah dari gambar fail yang diadakan demo dalam tahun 2006 dan MPPP menyangkal sepenuhnya kenyataan ini. Perkara ini boleh disahkan dengan pihak SPCA sendiri. Untuk makluman, kakitangan yang memakai T-shirt hijau adalah kakitangan dari UK Animal Solution.


Chow Kon Yeow
25 Mei 2011

Popular posts from this blog

Hello Kitty proves action speaks louder than words

Hello Kitty proves action speaks louder than words Hello Kitty does not have a mouth. She speaks with her heart. Worldwide novelty ā€˜Hello Kitty’ had Singaporeans queuing up and tussling over a limited edition toy kitten dressed in skeleton outfit from a German fairy tale known as ā€˜The Singing Bones’. McDonald’s Singapore sold the toy, as the last in a series of six, which began early June. The last frenzy was Hello Kitty dressed in wedding attire in 2000. Despite having stocked up on 40% more on collectible Hello Kitty toys this year and limiting each customer to only 4 toys each, McDonald’s claim that the response for the Fairy Tale series had been overwhelming. The fast-food chain announced last Thursday that the iconic toy had been sold out, much to the disappointment and frustration of many enthusiastic collectors who braved the haze in an attempt to get their hands on the plush toy. Singapore wasn't the only country bogged by this phenomenon. Malaysia a...

Teng: It's not a scam

Press Statement by Penang Gerakan State Chairman Dato’ Dr Teng Hock Nan May 11, 2011 Penang Gerakan chief Dato’ Dr Teng Hock Nan pointed out today that the then State Exco did not at all offer compensation of RM1.8mil to Tang Hak Ju as compensation over a land case in Bukit Mertajam in 2004. ā€œIn fact, it was Tang who had demanded the sum from the previous state government. The State Exco decided that the amount he wanted should be justified with supporting documents including receipts on the amount of money he had spent in relation to the case. The decision was conveyed to Tang who could not produce the documents and did not come back to us. He then went to Court to seek redress,ā€ said Dr Teng in a statement. Dr Teng, who was then a State Exco member, said the matter was clearly stated in the White Paper which was tabled at the State Assembly yesterday. ā€œAccording to the White Paper, it was a technical mistake and negligence on the part of two government officers and there...

Greatech supports talent development throughout society

*This was first published in Penang Monthly's January 2025 edition.   While most corporations focus on the environment or social welfare as part of their Environmental, Social and Governance (ESG) initiatives, Greatech Technology is interested in instilling and strengthening the culture of reading, not only among its employees, but also in society in general. Greatech, a local automation solutions provider and this year’s main sponsor for the George Town Literary Festival (GTLF), inculcates a love for reading among its employees in order to enhance creativity and innovation. The company has a dedicated reading corner for its employees! Unsurprisingly, Greatech’s group CEO Tan Eng Kee is an avid reader himself, especially of books that focus on leadership, innovation and personal development: ā€œBooks as well as arts and cultural activities inspire people to think creatively, which ultimately spark ideas and drive innovation in all sectors, including ours.ā€  *George Town Litera...