Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Queensbay

Draft Ucapan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang DUN 4hb Mei, 2011

Draft Ucapan ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin dalam sidang DUN 4hb May, 2011. 1.0 Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat hari pekerja dan juga selamat hari kebebasan akhbar. Para wartawan memperjuangkan kebenaran dan melaporkan berita dengan jujur, dan saya menghormati professionalisme para wartawan. Penghormatan saya tidak termasuk editor TV3, Utusan Malaysia dan Awang Selamat. 2.0 Para pekerja adalah tunggak pemacu ekonomi di negeri Pulau Pinang. Setiap hari ratusan ribu pekerja collar biru dan collar putih begitu juga pegawai kerajaan, menjalankan tugas mereka secara jujur dan disiplin. Sumbangan mereka amat besar kerana merekalah yang memajukan ekonomi mereka. 3.0 Saya ucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana Berjaya menarik FDI sebanyak 12.2 billion tahun 2010. Ini adalah pencapaian yang cukup membanggakan. Ini adalah hasil usaha para pekerja di kawasan-kawasan perindustrian di FTZ, yang menyakinkan para pelabur bahawa melabur di Pulau Pinang a...

Press Statement by Abdul Malik on Queensbay Hawkers

KENYATAAN MEDIA 16 MAC 2011 PENIAGA PESISIR PANTAI QUEENSBAY AKAN DIBANTU, TIDAK AKAN DIANIAYA Sebagai sebuah kerajaan berjiwa rakyat, adil untuk semua kaum, kerajaan negeri Pulau Pinang akan membantu mana-mana pihak tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Tiada dalam kamus kerajaan negeri untuk menganiaya mana-mana pihak, kerana itu bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Namun, terdapat pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan memutarbelit fakta, menabur fitnah dan memainkan isu perkauman sempit bertujuan memburukkan imej kerajaan negeri. Kejadian yang berlaku kepada peniaga dan penjaja van bergerak sekitar Pantai Queensbay, Bayan Baru, pada 15 Mac lalu sebagai contohnya . Media Utusan Malaysia, menggambarkan berlaku penganiayaan kepada peniaga berkenaan, apabila pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melarang mereka menjalankan aktiviti perniagaan di sepanjang jalan pesisir pantai Queensbay. Hakikatnya, selep...