UCAPAN PENGGULUNGAN PORTFOLIO BELIA DAN SUKAN, WANITA, KELUARGA DAN KOMUNITI UCAPAN PENGGULUNGAN OLEH Y.B. PUAN ONG KOK FOOI SEMPENA MESYUARAT YANG PERTAMA BAGI PENGGAL KEEMPAT DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUA BELAS Yang Berhormat Datoā Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk membentangkan ucapan penggulungan berkaitan isu-isu Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Komuniti yang dibangkitkan semasa Perbahasan Ucapan Terima Kasih Kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri di atas perlantikan semula beliau sebagai Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Sukan Yang Berhormat Datoā Speaker, Sukacita saya ingin menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Datoā Keramat berkaitan isu prestasi Pasukan Bola Sepak Pulau Pina...
Stories and more...