Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Vista Mutiara

Kenyataan Media Chow Kon Yeow mengenai Projek Vista Mutiara

Kenyataan Media Oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Dan Ahli Exco Kerajaan Tempatan Dan Pengurusan Lalu Lintas Chow Kon Yeow Selepas Melawat Projek Perumahan Vista Mutiara Di Jalan Jelutong, Pulau Pinang Pada 19 Julai 2011 Dakwaan SPNB Bahawa Kerajaan PR Sengaja Ubah Syarat Untuk Lengah CF Adalah Tidak Berasas. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mendakwa bahawa Kerajaan PR sengaja ubah syarat untuk lengah CF adalah tidak berasas. Saya telah mengarah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menyiasat dakwaan tersebut dan mendapati ianya merupakan tohmahan sahaja. MPSP telah melaporkan bahawa ia tidak mengenakan sebarang syarat tambahan yang baru semasa CF dipohon. Permohonan diproses mengikut syarat yang telah diluluskan dalam Pelan Bangunan. Pada masa kini, MPSP sedang memproses permohonan CF daripada SPNB untuk 1 blok rumah pangsa kos rendah 4 tingkat (82 unit) di Taman Sejahtera Indah, Telok Ayer Tawar dan permohonan t...