Skip to main content

Posts

Showing posts with the label JPA

Kenyataan Akhbar oleh Lim Guan Eng mengenai biasiswa JPA

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 25 Mei 2011 di Komtar, George Town . Masyarakat tidak tertarik untuk mengetahui siapa wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah seseorang yang dapat memastikan semua pelajar cemerlang menerima biasiswa JPA. UMNO dan MCA bercakaran bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu pemberian biasiswa JPA yang dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelasaian kerana masih terdapat pelajar cemerlang yang masih tidak menerima biasiswa. Masyarakt kini tidak tertarik untuk mengetahui siapa jadi wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah mereka yang dapat memastikan kesemua pelajar cemerlang ini boleh menerima biasiswa JPA. Masyarakat bertambah keliru apabila kedua- dua UMNO dan MCA memberikan jawapan yang berlainan walaupun bernaung di bawah Menteri dalam Kabinet yang sama. Kekeliruan ini akan menjadi lucu jika difikirkan tetapi fakta sebenar ialah pelajar-pelajar cemerlang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa...