Skip to main content

Posts

Showing posts with the label DUN

Ucapan Penggulungan oleh TKM1

UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1 MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MMK PERDAGANGAN ANTARABANGSA & PEMBANGUNAN INDUSTRI, KOPERASI DAN PERHUBUNGAN MASYARAKAT Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat, Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang melibatkan portfolio saya. Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Perdagangan Antarabangsa & Pembangunan Industri, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat akan menggulung persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio ini. Pertama, izinkan saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Tanjong Bunga yang membangkitkan mengenai cadangan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan mekanisme bagi memberi p...

Ucapan Perbahasan Lau Keng Ee mengenai Enakmen Warisan

Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi penggulungan enakmen ini. Sejak George Town diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Unesco, telah banyak merangsang kepada kegiatan ekonomi di dalan kawasan Georgetown dan menarik ramai pelancong melawat ke sini. Sebagai penduduk Pulau Pinang, saya berasa amat gembira dengan sambutan baik ini. Geoegetown berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco berdasarkan 3 Outstanding Universal Value iaitu criteria sejarah perkembangan Geoegetown, keunikan tradisi kebudayaan pelbagai kaum serta seni bina bangunan di Georgetown. Bangunan-bangunan di Geogetown, kebanyakan sudah hampir seratus tahun dan ada juga yang melebihi seratus tahun. Bangunan dan kedai rumah yang istimewa ini mempunyai unsur-unsur bersejarah yang amat bernilai dan unik perlu kita memelihara dengan baiknya. Malangnya apa yang kita lihat pada hari ini, adalah terdapat banyak ...

Perbahasan Ucapan TYT oleh Jason Ong

Perbahasan Ucapan T.Y.T Bagi Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 DUN Pulau Pinang Yang Ke-12 Terima kasih Dato Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit sebanyak ulasan dan pandangan dalam perbahasan kali ini. Kemungkinan besar perbahasan saya kali ini merupakan kali yang terakhir sebelum kita bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) atas segala usaha dan inisiatif yang diambil sejak tahun 2008 sehingga sekarang yang telah berjaya menarik pelaburan asing yang mencecah RM12.2 billion bagi tahun 2010. Ini dengan jelas sendiri menunjukkan Pulau Pinang di bawah satu pentadbiran yang cekap dan telus telah memberi keyakinan kepada para pelabur asing dan tempatan untuk terus melabur dan melabur semula di negeri ini. Ini sudah tentu akan terus memajukan negeri Pulau Pinang di mana statistik yang dikeluarka...

Ucapan Penggulungan oleh Wong Hon Wai

Ucapan Penggulungan oleh Wong Hon Wai - EXCO (Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian) merangkap ADUN Air Itam Kesenian Tahun 2010 dan 2011 telah membuka lembaran baru bagi Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Antara beberapa pencapaian: 1. Statistik pengunjung ke Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang menunjukan peningkatan yang memerangsangkan Muzium: 2006: 31141 2007:41808 2008:48521 2009:55747 2010:56799 Balai Seni Lukis Pulau Pinang 2006: 4059 2007:4395 2008:5709 2009:6691 2010:11,428 2. Pihak Muzium bersama MPPP telah menggariskan terma penggunaan No. 57, Jalan Macalister sebagai sayap tambahan untuk menonjolkan lagi kekuatan warisan sejarah dan kesenian negeri Pulau Pinang. 3. Beberapa pameran kesenian dan sejarah telah diadakan di No.57, Jalan Macalister antaranya: Pameran International Print Exhibition, Pameran Sejarah Sun Yat Tsen dan hubungannya dengan Pulau Pinang, Pameran Kesenian Japanese Foundation dan juga baru-baru ini Pam...

Draft Ucapan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang DUN 4hb Mei, 2011

Draft Ucapan ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin dalam sidang DUN 4hb May, 2011. 1.0 Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat hari pekerja dan juga selamat hari kebebasan akhbar. Para wartawan memperjuangkan kebenaran dan melaporkan berita dengan jujur, dan saya menghormati professionalisme para wartawan. Penghormatan saya tidak termasuk editor TV3, Utusan Malaysia dan Awang Selamat. 2.0 Para pekerja adalah tunggak pemacu ekonomi di negeri Pulau Pinang. Setiap hari ratusan ribu pekerja collar biru dan collar putih begitu juga pegawai kerajaan, menjalankan tugas mereka secara jujur dan disiplin. Sumbangan mereka amat besar kerana merekalah yang memajukan ekonomi mereka. 3.0 Saya ucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana Berjaya menarik FDI sebanyak 12.2 billion tahun 2010. Ini adalah pencapaian yang cukup membanggakan. Ini adalah hasil usaha para pekerja di kawasan-kawasan perindustrian di FTZ, yang menyakinkan para pelabur bahawa melabur di Pulau Pinang a...