Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan usul terima kasih kepada ucapan perasmian TYT Tun pada Jumaat yang lalu. Dalam ucapan perasmian TYT Tun, Tun telah menyentuh program dan projek pembangunan yang berteraskan 5 paksi iaitu (dengan izin) pro-Growth, pro-Jobs, pro-Poor, Pro-Talent dan Pro-Welfare yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Pulau Pinang. Dalam membangunkan negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri sememangnya menghadapi satu cabaran yang cukup tinggi iaitu mengimbangi di antara pembangunan dan kesan sampingan pembangunan. Salah satu isu atau masalah yang sering timbul akibat pembangunan adalah banjir kilat dan Pulau Pinang yang pesat dengan pembangunan ini juga tidak lari daripada nasib dilanda banjir kilat. Malahan, pada Jumaat lalu, banjir kilat telah pun berlaku di banyak kawasan di Seberang Perai Tengah dan sebahagian kecil di Seberang Perai Selatan. Meskipun banjir kilat akan surut dalam tempoh ma...
Stories and more...