Kenyataan Media Forum Perundingan Kerajaan Tempatan Pulau Pinang 2/2011 Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menganjurkan Forum Perundingan Kerajaan Tempatan yang kedua bagi tahun 2011 pada 4hb Julai 2011. Forum ini akan diadakan di Dewan Bosch, Tingkat 1, Kompleks Mesyuarat Penyayang, Jalan Utama dan akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Forum ini akan dipengerusikan oleh YB Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas. Isu yang akan dibangkit dan dibincang pada forum kali ini adalah isu perumahan. Pembentangan termasuk Perumahan Mampu Milik bagi rakyat Pulau Pinang dan Pergerakan harga rumah di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan kehadiran stakeholders dan pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam forum kali ini supaya dapat bersama-sama menyumbangkan idea-idea demi mempertingkatkan pembangunan sosio-ekonomi negeri Pulau Pinang. 29-6-2011 ______________________...
Stories and more...