Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Islam

KENYATAAN MEDIA YB ABDUL MALIK KASSIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA PULAU PINANG

KENYATAAN MEDIA YB ABDUL MALIK KASSIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA PULAU PINANG 17 JUN 2011 PEMILIHAN JAWATANKUASA KARIAH MASJID SELURUH PULAU PINANG SESI 2012-2013 Saya selaku Exco Hal Ehwal Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru di beritahu melalui telefon oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, bahawa hasil daripada satu pertemuan yang telah diadakan di Istana Negara pagi ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah menitahkan pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid ditangguhkan buat sementara waktu. Oleh yang demikian pemilihan yang dijadualkan pada 18 & 19 Jun 2011 iaitu esok dan lusa ditangguhkan. Kenyataan rasmi akan dibuat setelah Majlis Agama Islam Pulau Pinang mengadakan mesyuaratnya.

KENYATAAN MEDIA YB ABDUL MALIK KASSIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA PULAU PINANG

KENYATAAN MEDIA YB ABDUL MALIK KASSIM, EXCO HAL EHWAL AGAMA PULAU PINANG 16 JUN 2011 ANAK-ANAK KARIAH MAHU PERUBAHAN, PEMILIHAN AKAN DITERUSKAN Mesyuarat Agong Pemilihan Khariah Masjid Pulau Pinang yang akan bermula pada 18 Jun ini akan tetapkan diteruskan kerana ia menepati Seksyen 22 (4) Enakmen Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP). Justeru, kita tidak akan menghalang sekiranya ada mana-mana pihak yang akan mencabar keputusan ini di mahkamah. Silakan, tindakan tersebut akan dianggap cuba berkonfrantasi dengan kerajaan negeri. Pihak-pihak yang tidak dapat menerima perubahan ke arah yang lebih baik, yang pro rakyat dan menguntungkan umat Islam pastinya tidak akan menerima perubahan ini. Apabila MAINPP memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid, pihak-pihak tertentu, khususnya Umno dan NGO yang sealiran dengannya cuba mengeksploitasi isu ini. Malah mereka cuba mengheret Yang DiPertuan Agong dalam isu ini, dengan harapan supaya orang Melayu semakin mar