Showing posts with label DUN. Show all posts
Showing posts with label DUN. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

Ucapan Penggulungan oleh TKM1

UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN KETUA MENTERI 1 MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA MMK PERDAGANGAN ANTARABANGSA & PEMBANGUNAN INDUSTRI, KOPERASI DAN PERHUBUNGAN MASYARAKAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Yang Berhormat Dato’ Speaker,
Ahli-ahli Yang Berhormat,

Izinkan saya untuk mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang yang melibatkan portfolio saya.

Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa MMK Perdagangan Antarabangsa & Pembangunan Industri, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat akan menggulung persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio ini.

Pertama, izinkan saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Tanjong Bunga yang membangkitkan mengenai cadangan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan mekanisme bagi memberi pendedahan berkenaan zon industri antara negara-negara Indochina kepada usahawan-usahawan / peniaga di Pulau Pinang tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi.

Kerajaan Negeri melalui Invest Penang sering menggalakkan pelabur-pelabur tempatan dan luar negara untuk melabur di Pulau Pinang melalui pelbagai kaedah dan terbukti bahawa melalui usaha gigih Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan tidak lupa juga pegawai dari Invest Penang telah berjaya meletakkan Pulau Pinang sebagai jaguh pelaburan 2010 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 12.24 Billion. Pada masa yang sama, Pulau Pinang telah pada tahun 2010 mencatatkan jumlah export sebanyak RM162.8657 Billion, dimana jumlah ini menyumbang sebanyak 25.469 % kepada jumlah export Malaysia pada tahun 2010 sebanyak RM 639.428 Billion. Sebagai sebuah negeri dengan penduduk hanya 5.8 % daripada jumlah penduduk Malaysia tetapi menyumbang sebanyak 25.469 % kepada jumlah export negara pada tahun 2010 merupakan satu kebangaan negeri ini. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri akan lebih menitik beratkan sector pelaburan dan, juga pada masa yang sama mencari jalan untuk mengukuhkan sector perdagangan melalui pelbagai kaedah seperti :-

i. Mensasarkan dan menarik minat industri strategik negara luar supaya mengembangkan serta menempatkan operasi mereka di Pulau Pinang melalui misi pelaburan ke Luar Negara seperti Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Korea untuk menerokai peluang usaha sama dan potensi pelaburan;

ii. Mempromosikan aktiviti-aktiviti yang bernilai tambah lebih tinggi (high value added activities) serta membantu syarikat-syarikat yang sedia ada di Pulau Pinang untuk melabur dalam aktiviti tambah nilai berteknologi tinggi dengan menyediakan infrastruktur serta tenaga kerja yang diperlukan dan berkemahiran; dan

iii. Mengambil bahagian dalam pameran antarabangsa melalui penyewaan ruang pameran sebagai salah satu usaha untuk mencari pelaburan baru serta peluang-peluang perniagaan.

Namun begitu, untuk makluman Y.B. Adun Tanjong Bunga, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan bagi mewujudkan mekanisme serta memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan tempatan untuk meneroka pasaran baru di luar negara yang dapat meningkatkan eksport Pulau Pinang. Ini juga akan meningkatkan pengaliran masuk matawang asing dan sekaligus dapat membangunkan ekonomi serta memperkukuhkan daya saing syarikat tempatan / IKS.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Seterusnya, Yang Berhormat ADUN Sungai Acheh telah membangkitkan mengenai pelantikan ahli JKKK samada berlandaskan latar belakang politik.

Seperti yang sedia maklum, JKKK merupakan badan perantaraan antara Kerajaan Negeri dan rakyat di peringkat masyarakat setempat yang bertindak sebagai pelaksana pelan strategik untuk mencapai wawasan komuniti masing masing-masing. Kerajaan negeri berpandangan JKKK merupakan mekanisme penting dalam menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat. Justeru, kerajaan negeri telah menambah bilangan JKKK kepada 289 unit. Ini adalah bagi memastikan agar perkhidmatan JKKK akan lebih berkesan dan mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Dalam masa yang sama JKKK juga diberikan pelbagai latihan dan kursus untuk melengkapkan JKKK dengan pelbagai kemahiran bagi menyediakan mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Keanggotaan ahli JKKK adalah dihadkan kepada 15 orang ahli yang termasuk pengerusi dan setiausaha. Pencalonan keahlian JKKK dilakukan berdasarkan Garis Panduan Manual Gerak Kerja JKKK Negeri Pulau Pinang yang telah menetapkan pencalonan haruslah merangkumi wanita, belia dan masyarakat berbilang kaum serta terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat. Sebagai contoh pencalonan haruslah dari kalangan persatuan penduduk, rukun tetangga dan jawatankuasa masjid. Ahli JKKK juga perlu dipilih daripada penduduk yang bermastautin tetap di kawasan JKKK berkenaan.

Proses pencalonan pada peringkat awal mengambil kira cadangan daripada YB ADUN kawasan, Penyelaras KADUN atau Pengerusi JKKK yang kebiasaannya calon tersebut terdiri daripada wakil parti politik, badan pertubuhan sukarela, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang dihormati dalam sesebuah kelompok masyarakat. Keutamaan diberikan berdasarkan calon yang dicadangkan oleh YB ADUN kawasan dan Penyelaras KADUN bagi JKKK berkenaan.

Pemilihan ahli JKKK juga menekankan aspek “cross section” atau kepelbagaian lapisan masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

Tempoh perkhidmatan bagi seseorang ahli JKKK maksimum selama 2 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan dengan perakuan daripada Jawatankuasa Pemilihan JKKK Peringkat Daerah. Perkhidmatan ahli JKKK ini adalah secara sukarela dan akan dibayar elaun berdasarkan kedatangan ke mesyuarat bulanan JKKK.

Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Ketiga, Yang Berhormat ADUN Bertam telah memohon perjelasan mengenai perkembangan cadangan pelaburan oleh syarikat dari Korea sebanyak RM100 juta bagi pembinaan Padang Golf di Batu Kawan.

Setelah membuat kajian bisnes ekoran krisis ekonomi awal 2009, pelabur daripada syarikat Korea tersebut telah memutuskan untuk menangguhkan cadangan ini.



Yang Berhormat Dato’ Speaker,

Keempat, izinkan saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat ADUN Pulau Tikus yang telah mencadangkan agar PITO Office ditubuhkan di beberapa negara lain antaranya di China, India & Vietnam bagi meningkatkan jumlah pelaburan ke Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri melalui InvestPenang akan mengambil perhatian terhadap cadangan penubuhan Pejabat PITO di negara-negara lain selain daripada Singapura. Mengikut data Provisional yang diperolehi oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). export Pulau Pinang ke China pada tahun 2010 berjumlah sebanyak RM34.793 Billion manakala export Pulau Pinang ke India pada tahun 2010 berjumlah RM 2.706 Billion dan export Pulau Pinang ke Vietnam pada tahun 2010 berjumlah RM1.675Billion. Ini jelas menunjukkan bahawa antara tiga buah negara yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pulau Tikus, negara China berpotensi untuk penubuhan Pejabat PITO.

Yang Berhormat ADUN Pulau Tikus juga turut mencadangkan agar KOMTAR dijadikan sebagai pusat pelaburan asing di Pulau Pinang.

Pusat pelaburan asing perlu ditubuhkan berdekatan dengan kawasan perkilangan dan perindustrian. Ini adalah untuk memudahkan pelabur-pelabur untuk memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan perkilangan dan perindustrian, serta memudahkan rantaian bekalan (supply chain) bagi pelabur tersebut. Oleh itu buat masa ini, mengikut pandangan Invest Penang belum ada cadangan untuk menjadikan KOMTAR sebagai pusat pelaburan asing di Pulau Pinang.

Ucapan Perbahasan Lau Keng Ee mengenai Enakmen Warisan

Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil
bahagian dalam sesi penggulungan enakmen ini.

Sejak George Town diiktiraf sebagai tapak warisan dunia Unesco, telah
banyak merangsang kepada kegiatan ekonomi di dalan kawasan Georgetown dan menarik ramai pelancong melawat ke sini. Sebagai penduduk Pulau Pinang, saya berasa amat gembira dengan sambutan baik ini.

Geoegetown berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco
berdasarkan 3 Outstanding Universal Value iaitu criteria sejarah
perkembangan Geoegetown, keunikan tradisi kebudayaan pelbagai kaum
serta seni bina bangunan di Georgetown.

Bangunan-bangunan di Geogetown, kebanyakan sudah hampir seratus tahun
dan ada juga yang melebihi seratus tahun. Bangunan dan kedai rumah
yang istimewa ini mempunyai unsur-unsur bersejarah yang amat bernilai
dan unik perlu kita memelihara dengan baiknya.

Malangnya apa yang kita lihat pada hari ini, adalah terdapat banyak
bangunan dalam Georgetown telah diubahsuai untuk kepentingan tertentu
dan kepentingan persendirian. Bangunan-bangunan diubahsuai tanpa
kebenaran MPPP, struktur tambahan haram yang tidak berharmoni dengan
persekitaran dan juga premis burung walit yang mendatangkan kacau
ganguan kepada penduduk bersebelahan. Ini telah menjejas OUV warisan
dan mengancam kedudukan Georgetown sebagai tapak warisan dunia Unesco.

Kita tidak menafikan bahawa sesetengah kegiatan yang dijalankan
seperti budget hotel, boleh mendatangkan untung dan merangsang
kegiatan ekonomi Georgetown. Namun begitu kita masih perlu perancangan
yang sempuran supaya kegiatan-kegiatan ini tidak melampau. Kita perlu
memastikan kegiatan-kegiatan ini bukan membawa keuntungan dan kebaikan
kepada sesetengan golongan tertentu sahaja tetapi menjejaskan OUV yang
penting dan membawa impak buruk pada keseluruhannya.

Oleh itu, kita perlu mempunyai perancangan yang sempurna, pemantauan
yang kerap serta penguatkuasa yang efisen bagi melindungi tapak
warisan kita. Walaupun terdapat sesetengah pemilik rumah atau
pengusaha menekankan bahawa mereka akan mengekalkan fasad bangunan
supaya tidak mejejaskan unsur-unsur bersejarah, tetapi saya berasa
bahawa ini tidak bermakna jikalau kita hanya mengekalkan fasad
bangunan tetapi bahagian lain bangunan tersebut ubahsuai tanpa
mendapat kebenaran Pihak berkuasa tempatan sehingga kehilangan
unsur-unsur asal tersendiri. Lagipun tanpa penghuni dan
penyelenggaraan yang baik, ia akan menjejas dan merosotkan nilai
warisan serta “living cultural” di Georgetown.

Oleh yang demikian, saya amat berharap dengan melalui pewartaan
Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang, kita dapat merancang bagaimana
memelihara dan memulihara warisan kita, serta mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah-masalah yang kita hadapi sekarang.

Yang Berhormat Dato Speaker,

Clan jeti yang terletak di Kadun saya juga merupakan satu asset
warisan unik bersejarah. Ramai pelancong melawat ke clan jeti setiap
hari. Apa yang saya ingin membangkitkan adalah di samping mengekal,
memelihara dan memulihara, saya juga amat berharap kerajaan dapat
menaiktarafkan infrastruktur asas clan jeti bagi menjamin keselamatan
penduduk dan pelancong.

Keunikan Clan jeti adalah “living cultural” yang bersejarah di sana,
penduduk tinggal di rumah yang didirikan di atas laut dan jambatan
berkayu merupakan laluan utama bagi penduduk keluar masuk.

Selain mendapat peruntukan untuk menukar papan-papan clan jeti bagi
menjamin keselamatan penduduk dan pelancong, saya juga berharap system
pembentungan dapat diwujudkan supaya meningkatkan tahap kebersihan dan
suasana hidup penduduk. Apa yang kita boleh lihat sekarang adalah
semua terus ke dalam laut. Landskap dan penanaman pokok juga boleh
diadakan di kawasan Clan jeti bagi mengindahkan kawasan tersebut.

Selain itu, system pencegah api jugalah amat penting kepada Clan jeti.
Walaupun bomba sukarela telah diadakan, tetapi saya masih berharap
satu system pencegah api yang lebih sempurna dapat diwujudkan untuk
kecemasan.

Saya amat berharap dengan enakmen ini penubuhan Majlis Warisan Negeri
Pulau Pinang, kita dapat merancang dengan rapi bagaimana kita dapat
mencapai pembangunan seimbang dalam memelihara dan memulihara warisan
dan pembangunan.

Yang Berhormat Dato Speaker,
Di sini saya ingin mendapat sedikit penjelasan terhadap fasal-fasal
dalam enakmen ini.
1) Fasal 25 memperuntukkan bahawa seseorang yang terkilan dengan
keputusan Pusuruhjaya boleh buat rayuan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Dalam sub seksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh merujuk kepada
Majlis Warisan sebelum membuat apa keputusan mengenai rayuan.
Saya ingin tahu mengapa perlu rujuk balik kepada Majlis, memandangkan
ini proses rayuan yang boleh diputuskan oleh Pihak Kerajaan Negeri.
Dalam subseksyen (5), keputusan Pihak Kerajaan Negeri adalah muktamad.
Saya ingin penjelasan adakah ini bermakna seseorang yang terkilan itu
tidak boleh membawa kes kepada Mahkamah untuk menolak keputusan
murtamad Pihak Berkuasa Negeri.

2) Fasal 29 mengenai perisytiharan warisan Negeri, saya ingin tahu
sama ada Pesuruhjaya juga akan mengisytiharkan tapak warisan budaya
ketara dan tidak ketara yang sudahpun diisytiharkan oleh Pesuruhjaya
Warisan Kebangsaan.

3) Fasal 32 mengenai Notis menjual tapak warisan, bolehkah seseorang
pemunya mengeluarkan Notice of Purchase kepada Pesuruhjaya, jika
hartanah mereka akan diisytiharkan sebagai tapak warisan, supaya
Pesuruhjaya Negeri boleh membeli harta itu. Hak sememangnya diberikan
oleh Akta Warisan Kebangsaan.

4) Fasal 32 juga mengenakan kewajipan kepada pemunya suatu tapak
warisan yang berhasrat untuk menjual tapak itu untuk memaklumkan
Pesuruhjaya mengenai butiran perjanjian penjualan itu dalam tempoh 28
hari dari tarikh perjanjian itu ditandatangani.

Saya ingin tahu mengapa kewajiban itu dikenakan selepas perjanjian itu
ditandatangani dan bukan sebelum perjanjian itu ditandatangani. Kalau
Pesuruhanjaya buat apa-apa keputusan yang menjejaskan kepentingan satu
atau dua pihak yang menandatangan jual-beli hartanah atau tapak
warisan, kemungkinan kerajaan negeri akan menghadapi tanggungjawab
perundangan dari pihak yang terjejas oleh keputusan Pesuruhjaya.

5) Fasal 34 (3) pemunya atau penghuni tapak itu perlu membayar balik
kos dan belanja yang ditanggung semasa menjalankan kerja pembaikan
oleh pihak Pesuruhraya, apakah akan terjadi apabila pemunya atau
penghuni tidak mampu membayar balik. Dalam kes seperti ini, apakah
pemunya boleh meminta Pesuruhjaya membeli harta mereka.

6) Fasal 35 (1) Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menyelaras
dan mendapatkan nasihat daripada Pesuruhjaya sebelum meluluskan
apa-apa permohonan kebenaran merancang atau perintah pembangunan yang
melibatkan tapak warisan.
Saya ingin tahu, apabila Enakmen ini dikuatkuasakan, apakah ia ada
kesan retrospektif. Demi keadilan, apa-apa permohonan yang dibuat atau
diluluskan, tidak akan dijejaskan oleh peruntukan Fasal 35 (1).

7) Fasal 36 membenarkan pemunya atau penghuni tapak warisan untuk
memohon pemberian atau penjamin daripada Pihak Berkuasa Negeri bagi
maksud menjalankan kerja pemeliharaan dan pemuliharaan di tapak itu.
Saya ingin tahu dari mana pemberian atau pinjaman datang, mengapa
Enakmen ini tidak ada peruntukan untuk menubuhkan Tabung warisan
Negeri yang amat penting. Bolehkah beri penjelansa mengapa sekarang
tidak ditubuhkan dan bilakah ia akan ditubuhkan. Saya bercadang bahawa Kewangan Negeri memperuntukkan sekurang-kurangnya RM50 juta sebagai tabung warisan memandangkan negeri kita telah dianiayai oleh Kerajaan Pusat bahawa tidak member tabung warisan kepada kerajaan Negeri. Kita kena sendiri berdikari kerana “daddy” (tak kasi). Ini juga menunjukkan satu cabaran kepada Kerajaan Pusat bahawa kerajaan negeri mampu menubuhkan tabung warisan tersebut.

8) Fasal 52 menyatakan berkenaan kesalahan berkaitan dengan tapak
warisan, kesalahan (a) hingga (g) juga merupakan kesalahan di bawah
Akta-Akta yang disediakan seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa dan
Akta Kerajaan Tempatan. Apabila ini berlaku, siapa yang akan menjadi
badan berdakwa? Apakah ini merupakan penindihan bidangkuasa. Apakah
satu kesalahan itu didakwa oleh dua badan berasingan.

Saya berharap bahawa kita boleh mendapat maklumat yang lebih
terperinci dan sempurna bagi mengelakkan isu-isu yang mungkin akan
timbul pada masa hadapan sebelum enakmen ini dikuatkuasakan.

Sekian, terima kasih.

Friday, May 6, 2011

Perbahasan Ucapan TYT oleh Jason Ong

Perbahasan Ucapan T.Y.T Bagi Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 DUN Pulau Pinang Yang Ke-12

Terima kasih Dato Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sedikit sebanyak ulasan dan pandangan dalam perbahasan kali ini. Kemungkinan besar perbahasan saya kali ini merupakan kali yang terakhir sebelum kita bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) atas segala usaha dan inisiatif yang diambil sejak tahun 2008 sehingga sekarang yang telah berjaya menarik pelaburan asing yang mencecah RM12.2 billion bagi tahun 2010.

Ini dengan jelas sendiri menunjukkan Pulau Pinang di bawah satu pentadbiran yang cekap dan telus telah memberi keyakinan kepada para pelabur asing dan tempatan untuk terus melabur dan melabur semula di negeri ini. Ini sudah tentu akan terus memajukan negeri Pulau Pinang di mana statistik yang dikeluarkan oleh SERI (Socio-Economic Research Institute) baru-baru ini juga amat menyakinkan.

Kejayaan negeri Pulau Pinang dalam menerajui tempat pertama dalam pelaburan asing ini adalah selaras dengan pujian dan pengiktirafan oleh Transparency International (TI) ke atas kerajaan Pulau Pinang di mana dasar CAT yang diperkenalkan oleh kerajaan Pulau Pinang selama ini telah membawa berkat.

Demi melengkapi serta mempertahankan pencapaian ini, saya menyambut baik dan yakin dengan penandatanganan memorandum persefahaman (MOU) di antara syarikat gergasi negeri Cina dengan kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini yang berkaitan dengan cadangan pembinaan satu (1) terowong yang dikenali sebagai “Penang/Butterworth Tunnel” dan dua (2) lebuhraya yang masing-masing dikenali sebagai “Gurney Drive/Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu By-pass” dan “Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu/Bandar Baru Air Itam By-pass”.

Walaupun ketiga-tiga projek tersebut masih di peringkat awal dan kajian, namun ini merupakan satu inisiatif yang dapat memberi keyakinan lanjut kepada para pelabur asing dan tempatan bahawa pembangunan Pulau Pinang akan terus maju dan berkembang ke satu tahap yang lebih seimbang di seluruh negeri di mana ianya akan wujudkan konektiviti (connectivity) dan transportasi yang lebih murah, menjimat masa dan berkesan yang dapat menghubungi seluruh negeri.

Dengan adanya rangkaian ini, rakyat Pulau Pinang terutamanya anak-anak muda dari mana-mana daerah boleh berulang-alik ke daerah yang lain dengan mudah dengan kos yang minima. Yang lebih penting ialah dengan penambahan “Penang/Butterworth Tunnel”, ia juga akan bertindak sebagai penghubung alternatif (alternative link) selain daripada Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang dan Terminal Feri.

Dengan adanya perkembangan yang seimbang secara semulajadinya anak-anak muda kita tidak perlu berhijrah ke negeri yang lain yang lebih pesat dengan pembangunan dan aktiviti ekonomi. Sudah tentu kemajuan yang seimbang secara langsung akan mengurangkan perjalanan (travelling) yang tidak perlu dan juga akan mengurangkan kes-kes nahas jalanraya.

Seperti baru-baru ini di Sarawak, kita dapat lihat betapa teruknya keadaan pembangunan yang begitu tidak seimbang sehingga kebanyakan anak-anak muda terpaksa berhijrah keluar dari kampung-kampung untuk bekerja di pusat bandar termasuk mereka yang terpaksa menjelajah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan. Tambahan pula, pembangunan yang tidak seimbang juga menyumbang kepada kekurangan Infrastruktur yang sempurna seperti jalanraya yang tidak berturap, kelengkapan asas air, api dan sistem pemparitan juga tidak disediakan sebaik-baiknya selama ini telah menyebabkan nasib orang-orang kampung di Sarawak tidak terbela.

Sehubungan itu, cadangan pembinaan terowong yang dikenali sebagai “Penang/Butterworth Tunnel” dan dua (2) lebuhraya yang masing-masing dikenali sebagai “Gurney Drive/Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu By-pass” dan “Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu/Bandar Baru Air Itam By-pass” adalah tepat pada masa untuk kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru untuk membetulkan ketidakseimbangan (imbalance) ini yang berlarutan melebihi 50 tahun terutamanya di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan termasuk Balik Pulau.

Selain itu dengan perkembangan teknologi hijau kebelakangan ini untuk menggantikan tenaga yang tidak boleh diperbaharui, saya percayai kerajaan negeri (PR) juga tidak ketinggalan zaman dengan pelaksanaan “green building index”. Di sini saya ingin mencadangkan supaya garis panduan pelepasan atau satu sistem rebat atau perolehan kredit karbon ditentu dan dilaksanakan untuk menggalakkan para pemaju untuk menggunakan teknologi hijau dalam projek pembangunan seperti pemasangan “solar panel”, “grey water system”, “wind-mill”, “composit bin” dan lain-lain yang seumpamanya boleh membantu menjana kuasa melalui sumber kuasa semulajadi seperti matahari dan angin.

Dato Speaker,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri (PR) atas peruntukan wang untuk membiayai 80% kos pengecatan semula sembilan (9) blok Rumah Pangsa Padang Tembak walaupun tujuh (7) daripada blok rumah pangsa tersebut adalah dimiliki individu. Walaubagaimanapun Alhamdulillah kerana munculnya dua (2) orang misteri yang murah hati yang sanggup membiayai 20% kos pengecatan tersebut. Tajaan sebegini tidak pernah berlaku di Rumah Pangsa Padang Tembak semasa pemerintahan kerajaan lepas.

Orang-orang misteri itu cukup memahami keadaan kewangan kerajaan negeri (PR) yang terhad dan mempunyai keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan (PR) yang telus dan cekap dan itulah sebab mereka ingin menyokong (PR) untuk terus menjadi kerajaan. InsyaAllah kerja-kerja pengecatan semula Rumah Pangsa Padang Tembak akan bermula pada masa yang akan datang.

Dato Speaker,

Saya juga ingin menarik perhatian dewan ini bahawa sudah sampai masanya dirancang satu bangunan dewan undangan negeri yang baru memandangkan dewan ini adalah dewan yang paling kecil di Malaysia. Dewan yang baru perlu mempunyai kemudahan-kemudahan sebuah dewan persidangan, perpustakaan, bilik-bilik mesyuarat, dewan pameran, banquet hall, bilik-bilik ADUN, KM, TKM dan kakitangan pejabat DUN dan ruang meletak kereta yang luas.

Saya juga mencadangkan ADUN-ADUN di beri peluang latihan dan “study tour” untuk terus meningkatkan pengetahuan dan keupayaan. Bukan semua ADUN mahir dan berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang pengurusan, kewangan dan pengurusan sumber manusia. Dalam aspek ini saya mencadangkan satu belanjawan khas yang dikenali sebagai “Parliament/State Legislative Budget Control” diwujudkan di bawah DUN untuk tujuan ini. Saya mengambil contoh keadaan perpustakaan DUN yang amat menyedihkan kerana tidak mempunyai buku-buku rujukan berkaitan dengan DUN. Saya berharap belanjawan khas ini dapat diwujudkan segera asing daripada pejabat setiausaha kerajaan negeri yang boleh dipantau oleh Auditor General.

Di samping itu, saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan negeri yang bertindak adil dalam pembahagian peruntukkan kepada KADUN. Kawasan pembangkang tetap diberi perhatian. Muara sungai Teluk Kumbar misalnya mendapat hampir RM 500,000-00 untuk pendalaman dan pembinaaan pam pengawalan banjir yang sehingga ini banjir yang berlaku hampir setiap tahun di kawasan tersebut dapat dikurangkan. Dalam masa yang sama saya juga difahamkan ada cadangan oleh JPS untuk menambahkan bilangan pam di muara sungai tersebut.

Dato Speaker,

Selain itu, baru-baru ini JPS di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri juga telah membina tebing pasir penghalang ombak di DUN Pulau Betong bagi membantu nelayan keluar masuk muara Sungai Kuala Pulau Betong dan muara Sg Burung yang bernilai RM300,000-00 untuk dua projek itu. Kawasan pembangkang tidak diabaikan sungguhpun kerajaan negeri tidak letakkan sign board, satu lagi projek kerajaan pakatan.

Kerajaan negeri (PR) sejak mengambil-alih pada 2008 telah memperkukuh serta mempergiatkan sistem “open tender” untuk projek-projek kerajaan negeri. Amalan sistem “open tender” secara langsung akan menyumbang kepada ketelusan dan persaingan yang sihat di kalangan pengusaha atau kontraktor di mana mutu kerja-kerja akan lebih terjamin dan dalam masa yang sama wang rakyat boleh dijimatkan.

Kalau kita bandingkan dengan projek-projek kerajaan lepas yang diawardkan secara perundingan terus seperti Jalanraya Balik Pulau/Genting yang bernilai RM57 juta di bawah Bulkers Coproration Sdn. Bhd. yang sepatutnya disiapkan pada bulan Mei 2007. Walaupun perlanjutan masa telah diberikan, projek tersebut sehingga hari ini masih tidak boleh disiapkan. Yang lebih mengejutkan ialah kontraktor itu ditamatkan secara persetujuan bersama. Kemudian kontraktor baru, Sarohan Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan projek tersebut tetapi sehingga hari ini masih belum disiapkan.

Inilah masalahnya apabila projek besar kerajaan tidak ditender. Saya juga difahamkan projek Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau juga menghadapi pelbagai masalah seperti keretakan yang menyebabkan pelajar terpaksa menumpang di USM. Ianya merupakan kenyataan umum bahawa projek kerajaan yang tidak ditender terbuka akan menghadapi pelbagai masalah.

Y.B. Dato Speaker,

Sebagai tanda penghargaan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan kerajaan yang telah bersama-sama membantu saya mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi di kawasan saya khasnya dalam mempertingkatkan kualiti hidup dari segi kebersihan, keselesaan dan keselamatan.

Sebagai contoh tahap kebersihan dan keselamatan di Padang Tembak, Ladang Hong Seng dan Ladang Lada telah banyak bertambah baik dan cukup memuaskan walaupun masih ada ruang untuk “improvement”. Rakyat boleh lihat dan rasa dengan sendiri. Syabas kepada semua pimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang,

Terima kasih ditujukan khasnya kepada Bahagian Perumahan, MPPP, JPS, JKR, Pejabat Daerah Timur Laut, Polis, Pertahanan Awam, Bomba Sukarela Bukit Bendera dan Pulau Tikus serta anggota Community Policing (CP) yang sama-sama bermuafakat dalam memberi segala kerjasama secara langsung dan tidak langsung membantu saya memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada semua yang duduk di DUN Kebun Bunga seperti pepatah, “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.”

Dalam penggulungan, izinkan saya mengakhiri perbahasan saya dengan satu petikan dari Surah Al-Sajaddah, “Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis ni’mat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.”) (32:17)

Sekian. Terima kasih. Y.B. Speaker saya mohon untuk menyokong.
Jason Ong Khan Lee (ADUN KEBUN BUNGA)
4-5-2011

Thursday, May 5, 2011

Ucapan Penggulungan oleh Wong Hon Wai

Ucapan Penggulungan oleh Wong Hon Wai - EXCO (Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian) merangkap ADUN Air Itam


Kesenian


Tahun 2010 dan 2011 telah membuka lembaran baru bagi Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang.

Antara beberapa pencapaian:

1. Statistik pengunjung ke Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang menunjukan peningkatan yang memerangsangkan

Muzium:
2006: 31141
2007:41808
2008:48521
2009:55747
2010:56799

Balai Seni Lukis Pulau Pinang
2006: 4059
2007:4395
2008:5709
2009:6691
2010:11,428

2. Pihak Muzium bersama MPPP telah menggariskan terma penggunaan No. 57, Jalan Macalister sebagai sayap tambahan untuk menonjolkan lagi kekuatan warisan sejarah dan kesenian negeri Pulau Pinang.


3. Beberapa pameran kesenian dan sejarah telah diadakan di No.57, Jalan Macalister antaranya: Pameran International Print Exhibition, Pameran Sejarah Sun Yat Tsen dan hubungannya dengan Pulau Pinang, Pameran Kesenian Japanese Foundation dan juga baru-baru ini Pameran ulangtahun 46 penubuhan muzium.


4. Pihak Muzium juga menganjurkan sambutan ulangtahun ke 46 dan ini merupakan kali pertama kita meraikan sambutan ulangtahun sejak penubuhan pada tahun 1964.

5. Pihak Muzium juga merekodkan detik-detik dan membukukan apa yang berkisar dalam buku laporan tahunan 2010 Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Kali terakhir penerbitan buku laporan ialah pada tahun 1993 iaitu 17 tahun lalu. Ia telah merakamkan carta organisasi, aktiviti-aktiviti, sumbangan ahli Lembaga dan Jawatankuasa, komen-komen pengunjung muzium, senarai sumbangan orang ramai dan sebagainya.



Setelah George Town dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, usaha kerajaan negeri dari segi penonjolan dari segi warisan, kebudayaan dan kesenian telah dirancakkan. Kerajaan negeri telah memberi dinamisme baru kepada Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang. Kerajaan negeri juga telah meubuhkan George Town World Heritage Incorporated dan pelabagai inisiatif serta usaha telah dijalankan. George Town Festival telah dirayakan dengan meriahnya pada bulan Julai 2010 dan akan dianjurkan juga George Town Festival 2011 yang merupakan kombinasi kesenian, kebudayaan dan warisan.




Perancang Bandar dan Desa

Pengiktirafan George Town sebagai tapak warisan Dunia UNESCO oleh World Heritage Committee pada 7 Julai 2008 di Seville, Spain memerlukan Kerajaan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Pemuliharaan sebagai satu mekanisme dalam pemeliharaan dan pengurusan Tapak Warisan Dunia. Oleh itu Draf Rancangan Kawasan Khas (Draft Special Area Plan) dan Pelan Pengurusan Pemuliharaan Bandaraya Bersejarah Selat Melaka: George Town telah disediakan mengikut seksyen 16B, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 bagi memastikan bahawa kawalan pembangunan dan polisi berkenaan warisan dapat diimplementasikan dengan sewajarnya.

Program Seranta dan publisiti sedang dilangsungkan di tiga lokasi dalam George Town dari 11 April 2011 hingga 9 Mei 2011 iaitu:
(1) Ruang Konkos, Tingkat 2, Komtar
(2) Bangunan George Town World Heritage Incorporated, No. 116 dan 118, Lebuh Acheh.
(3) Dewan Perbandaran MPPP, Jalan Padang Kota Lama.

Kaunter pameran bagi tiga lokasi ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari bekerja. Sesi taklimat kepada orang awam telah diadakan dan sesi seterusnya adalah pada 8 Mei 2011 pukul 930 pagi di Dewan Perbandaran MPPP, Jalan Padang Kota Lama.

Pihak Awam adalah berpeluang mengemukan pandangan berhubung cadangan-cadangan yang dibuat dengan mengemukakan Borang Bantahan Awam.












Perumahan



Y.B. ADUN Dato’ Keramat telah membangkitkan isu hakmilik strata flat Rumah Pangsa Taman Free School.

Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, flat perumahan awam di Taman Free School yang terletak di atas lot 3404, PT 126, Seksyen 2, George Town, Daerah Timur Laut ialah sebuah projek Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah didirikan pada tahun 1981. Bangunan tersebut masih belum menerima hakmilik strata ini adalah kerana bangunan ini dikategorikan sebagai 'bangunan khas' di dalam Akta Hakmilik Strata 1985 kerana bangunan ini diduduki sebelum tahun 2006. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Bahagian Perumahan adalah dengan melantik pihak Arkitek untuk penyediaan ‘As Build Plan’ dan mengemukakan permohonan kepada pihak MPPP untuk mendapatkan OC Khas. OC Khas untuk TFS telah dikeluarkan pada 28 Mac 2011. Sehubungan itu, pihak juruukur yang dilantik sedang menyediakan plan ulasan untuk dikemukakan kepada PTG untuk kelulusan. Jangkamasa untuk proses pengeluaran hakmilik strata ini dijangka mengambilmasa 6 hingga 12 bulan tertakluk kepada kelulusan agensi berkenaan.



Kerajaan Negeri merupakan sebuah Kerajaan Berjiwa Rakyat dan berhubung cadangan Y.B Dato Keramat untuk menghapuskira tunggakan caj penyelenggaraan bagi golongan miskin dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menghuni Rumah Kos Rendah Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri sedang mengkaji cadangan tersebut yang mana ianya juga merupakan cadangan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

Y.B. ADUN Seberang Jaya, Telok Bahang, Sungai Bakap, Padang Lalang, Sungai Bakap, Pengkalan Kota turut membangkitkan isu harga rumah.


Menurut Laporan Pasaran Harta 2010 yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia, pasaran harta tanah negeri mencatat prestasi lebih baik. Terdapat 25, 986 transaksi bernilai RM9.37 billion direkodkan dalam tahun 2010 berbanding 22,724 transaksi yang bernilai RM6.53 bilion pada tahun 2009).

Harga rumah di Pulau Pinang adalah stabil dengan peningkatan ketara direkodkan di kawasan mampan (established neighbourhood). Juga menyaksikan pasaran sewa yang stabil dengan pergerakan menaik dicatat di beberapa kawasan terpilih.


Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menstabilkan harga rumah adalah seperti berikut:

i) Memperluaskan stok tanah perumahan.

Kaedah penambahan stok tanah bagi tujuan untuk pembangunan perumahan yang boleh mengurangkan kenaikan kos tanah di kawasan pilihan.

ii) Kerajaan Negeri melalui MPPP membenarkan ketumpatan yang lebih tinggi iaitu 87 unit per ekar di kawasan yang dizonkan sebagai perumahan am dalam Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan MPPP, 1996. Dengan peningkatan unit ini, kawalan harga telah dikenakan ke atas pemaju, iaitu:

• 5% harga rumah hendaklah dijual kurang RM200,000.00.
• 10% harga rumah hendaklah dijual kurang RM300,000.00.
• 15% harga rumah hendaklah dijual kurang RM500,000.00.

iii) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pula sentiasa mengambil kira kemampuan kuasa beli di kalangan rakyat dalam setiap perancangan untuk membangunkan projek-projek perumahan. Sehingga kini, PDC masih terus melaksanakan projek-projek perumahan kategori kos rendah dan kos sederhana rendah bagi menampung keperluan pembeli-pembeli yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah. PDC juga akan menumpukan projek-projek perumahan kos sederhana yang mampu dimiliki oleh rakyat tempatan.

iv) Kerajaan Negeri juga memberikan insentif dan had ketumpatan yang lebih tinggi bagi pemajuan perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah agar bekalan rumah di Pulau Pinang adalah mencukupi bagi semua penduduknya. projek perumahan kos sederhana rendah diberikan ketumpatan sehingga 120 unit seekar manakala tiada had ketumpatan bagi perumahan kos rendah (dengan syarat mematuhi semua kehendak perancangan).

vi) Kerajaan Negeri menetapkan perkiraan sumbangan kuota pembinaan rumah kos rendah pada kadar minimum 30% tambahan kepada jumlah unit yang dibenarkan terpakai kepada pembangunan yang melebihi 150 unit bagi "kawasan luar pembangunan" atau 100 unit bagi "kawasan pembangunan".

vii) Kerajaan Negeri menetapkan perkiraan sumbangan kuota pembinaan bercampur rumah kos rendah dan kos sederhana rendah pada kadar minimum 20% sehingga 30% tambahan kepada jumlah unit yang dibenarkan mengikut garis panduan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri, dan

viii) Kerajaan Negeri juga menetapkan syarat kelayakan rumah yang lebih realistik bagi golongan pertengahan iaitu individu yang berpendapatan RM2,501.00 hingga RM3,500.00 sebulan dan merendahkan had kelayakan umur dari 21 tahun kepada 18 tahun.


Selain itu, Kerajaan Negeri telah membuat perancangan untuk membina perumahan kos rendah iaitu pembangunan semula Kampung Pisang Awak Fasa II di atas tanah Plot A, bersebelahan Lot Pt 51, Seksyen 4, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut. Pembangunan semula ini melibatkan pembinaan sejumlah 384 unit rumah yang terdiri daripada 192 unit rumah kos rendah dan 192 unit rumah kos sederhana rendah.

Kerajaan Negeri juga bercadang untuk menender semula pembangunan perumahan kos rendah di Ampang Jajar/Ujung Batu.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) iaitu agensi dibawah Kerajaan Negeri sedang membina perumahan kos rendah sebanyak 204 unit dan rumah kos sederhana rendah sebanyak 705 unit.

Y.B ADUN Pulau Betong dan Y.B ADUN Bayan Lepas membangkitkan isu berhubung situasi pertukaran milik tanah, pengusiran penduduk keluar daripada tanah yang diduduki dan bertanyakan perancangan Kerajaan Negeri untuk menetapkan polisi supaya pemaju untuk memberikan pampasan yang adil dan munasabah supaya penduduk tidak teraniaya.

Untuk makluman Y.B, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mempunyai satu dasar penempatan semula setinggan/penduduk yang terlibat dengan projek kerajaan. Dasar tersebut menyatakan bahawa penduduk-penduduk yang terlibat dengan pembangunan projek kerajaan akan ditempatkan semula sama ada dengan penyediaan unit rumah kos rendah atau diberikan bayaran exgratia mengikut perincian butir-butir yang digariskan dalam dasar tersebut. Walau bagaimanapun, nilai bayaran ex-gratia / pampasan dikaji semula dari masa ke semasa mengikut kesesuaian disebabkan perubahan semasa.

Bagi tanah milikan swasta, Kerajaan Negeri menggalakkan suatu penyelesaian yang munasabah kepada semua pihak yang mungkin melibatkan gantian rumah ataupun wang ganti rugi. Bentuk pampas an adalah tertakluk kepada keadaan tertentu masing-masing. Sekiranya suatu penyelesaian tidak tercapai maka COW tidak dibenarkan.

Y.B ADUN Sungai Dua bertanyakan berhubung penyaluran peruntukan bayaran sumbangan pelepasan kuota Bumiputera.
Untuk makluman Y.B, sebanyak RM23,674,288.86 oleh Kerajan Negeri telah dikutip atas sumbangan pelepasan kuota Bumiputera sejak tahun 2008 dan wang ini adalah dalam akaun amanah Kerjaan Negeri.

Y.B ADUN Sungai Bakap meminta supaya Kerajaan Negeri membuat proses pemgambilan balik tanah di Makau Suah untuk dibangunkan dengan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Untuk makluman Y.B, di bawah Rancangan Malaysia Ke-10, Kerajaan Negeri melalui UPEN telah mengemukakan empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dirancangkan untuk dibina di atas tanah kerajaan di Ladang Kaledonia, Seberang Perai Selatan, di Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, di Relau, Daerah Timur Laut dan di Bukit Tengah, Daerah Seberang Perai Tengah. Berhubung permintaan Y.B untuk dibuat pengambilan balik tanah di Makau Suah untuk dibangunkan projek PPR, Kerajaan Negeri mengambil maklum dan akan mengkaji cadangan tersebut.
Y.B ADUN Seberang Jaya meminta supaya Kerajaan Negeri untuk memperjuangkan hak-hak penduduk bangunan bertingkat supaya disediakan peruntukan kepada bangunan-bangunan yang mengalami masalah penyelenggaraan.

Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri telahpun memperkenalkan Dasar Menaik Taraf Rumah Awam Kerajaan dan dasar ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 5 tahun bagi melengkapkan kerja memperbaiki kemudahan keseluruhan projek-projek rumah awam kerajaan yang sebelum ini tidak pernah dilaksanakan secara menyeluruh. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sejumlah RM9.94 juta dalam tahun 2010 dansebanyak RM13.51 juta untuk memperbaiki dan menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada penghuni-penghuni rumah awam kerajaan yang melibatkan pembaikan kerosakan lif dan penggantian, membaiki kebocoran paip air, pendawaian semula elektrik, penggantian railing dan sebagainya demi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk.

Untuk makluman Y.B ADUN Datok Keramat dan Y.B Telok Bahang, konsep mengecat 80:20, iaitu 80% daripada kos kerja-kerja mengecat tersebut akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri manakala 20% lagi akan dibiayai oleh para penduduk dilaksanakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada penghuni dan penduduk berhubung tanggungjawab bersama dan kepentingan untuk menjaga dan memelihara tempat kediaman mereka sendiri.

Sehubungan itu, tumpuan menaiktaraf dan pembaikan rumah- rumah pangsa kos rendah akan difokuskan kepada projek-projek rumah pangsa kos rendah Kerajaan Negeri terlebih dahulu

Y.B ADUN Telok Ayer Tawar membangkitkan isu berhubung projek terbengkalai Taman Aman Bayu yang mana terdapat penduduk-penduduk yang menetap di dalam kontena dan menyewa diluar disebabkan pembinaan rumah kos rendah yang disyaratkan masih tidak dibangunkan lagi.
Jawapan telah diberi secara bertulis. Kerajaan Negeri akan memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan pemaju tersebut mematuhi setiap syarat-syarat yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri sebelum Sijil Layak Menduduki (OC) dikeluarkan bagi memastikan hak penduduk setinggan-setinggan tersebut akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

Y.B ADUN Pulau Tikus bertanyakan berhubung keperluan pembinaan rumah kos rendah di Daerah Barat Daya, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan berdasarkan perancangan 5 tahun penubuhan Lembaga Perumahan Pulau Pinang.

Untuk makluman Y.B, merujuk kepada statistik permohonan sehingga 31 Mac 2011, terdapat sebanyak 4,472 permohonan di Seberang Perai Utara dan 1,225 permohonan di Seberang Perai Selatan. Sehubungan itu, perancangan pembinaan rumah kos rendah di daerah-daerah ini adalah diperlukan pada masa kini mahupun pada masa akan datang melalui perancangan pembangunan oleh Lembaga Perumahan Pulau Pinang.

Y.B Sungai Pinang membangkitkan isu berhubung kualiti pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibina tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dan memberikan cadangan supaya liability period dipanjangkan tempohnya daripada tempoh yang sediada. Liability period adalah sebahagian daripada Schedule G dan Schedule H dan perlu pindaan terhadap Akta Parlimen.

Y.B. Dato’ Speaker, saya mohon menyokong.

Wednesday, May 4, 2011

Draft Ucapan ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang DUN 4hb Mei, 2011

Draft Ucapan ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin dalam sidang DUN 4hb May, 2011.



1.0 Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat hari pekerja dan juga selamat hari kebebasan akhbar. Para wartawan memperjuangkan kebenaran dan melaporkan berita dengan jujur, dan saya menghormati professionalisme para wartawan. Penghormatan saya tidak termasuk editor TV3, Utusan Malaysia dan Awang Selamat.

2.0 Para pekerja adalah tunggak pemacu ekonomi di negeri Pulau Pinang. Setiap hari ratusan ribu pekerja collar biru dan collar putih begitu juga pegawai kerajaan, menjalankan tugas mereka secara jujur dan disiplin. Sumbangan mereka amat besar kerana merekalah yang memajukan ekonomi mereka.

3.0 Saya ucapkan syabas kepada kerajaan negeri Pulau Pinang kerana Berjaya menarik FDI sebanyak 12.2 billion tahun 2010. Ini adalah pencapaian yang cukup membanggakan. Ini adalah hasil usaha para pekerja di kawasan-kawasan perindustrian di FTZ, yang menyakinkan para pelabur bahawa melabur di Pulau Pinang akan memberi keuntungan kepada pekilang.

4.0 Saya ingin memanggil perhatian kerajaan terhadap kebajikan para pekerja. Beberapa masalah besar yang dihadapi oleh para pekerja. Pertama, adalah gaji pekerja yang amat rendah. Secara purata gaji permulaan seorang pekerja kilang lulusan SPM adalah hanyalah RM550. Gaji 10 tahun dahulu adalah RM500. Tetapi harga barang naik berkali-kali ganda.

5.0 Kedua, kemasukan pekerja-pekerja asing telah memberi saingan yang begitu hebat kepada pekerja tempatan. Mereka telah merampas tempat pekerja tempatan dan juga suppress kenaikan gaji yang sewajarnya. Saya memahami bahawa kita masih kekurangan pekerja dalam perindustrian. Dan sememangnya isu pekerja adalah di bawah kerajaan pusat. Tetapi saya mohon prihatin kerajaan negeri dan berbuat sesuatu kerana Perindustrian adalah tunggak ekonomi negeri Pulau Pinang.

6.0 Pakatan Rakyat memperjuangkan gaji minima untuk pekerja kilang. Ini telah termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat. Maka saya berharap kerajaan negeri mula memperjuangkan isu gaji minima di kalangan para industrialists dan pekerja. Kerajaan negeri harus memberi satu mesej yang jelas bahawa gaji pekerja sekarang terlalu rendah dan perlu dinaikan secara berperingkat sehingga ke garis gaji minima. Para industralist mempunyai masa untuk membuat perubahan sehingga Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Putrajaya.

7.0 Mereka harus diberi tempoh masa untuk meningkatkan proses automation di dalam kilang-kilang mereka. Supaya mereka tidak lagi bergantung kepada tenaga pekerja berkemahiran rendah. Proses ini tidak boleh dilonjatkan secara serta merta. Pekilang juga tidak rasa desakan jika dasar perindustrian kita masih bergantung kepada low skill, low wage workers. Maka kerajaan negeri jika memberi hala-tuju dan tempoh masa untuk menaikkan gaji ke gaji minima, maka, para industrialist akan mula perancangan dari sekarang.

8.0 Ketiga, adalah kekurangan perbincangan dan dialog tripartite antara pekerja-perindustrian-kerajaan. Para pekerja mempunyai banyak rungutan, para industrialist juga ingin tingkatkan produktiviti pekerja. Tetapi mereka kurang mempunyai ruang dan platform untuk berbuat demikian. Maka banyak isu pekerja berlanjutan.

9.0 Apa yang boleh kita buat?

10.0 Saya ingin mencadangkan satu MMK Pekerja di bawah Exco Perindustrian iaitu Timbalan Ketua Menteri 1. MMK ini bertujuan memperjuangkan isu pekerja-pekerja kilang. Ia boleh juga boleh mengadakan dialog berkala tripartite dengan pekilang dan union-union pekerja. MMK ini juga bertanggungjawab melakarkan perancangan dasar pekerja negeri, bagaimana menarik lebih ramai skilled workers untuk bekerja di Pulau Pinang dan mengatasi kekurangan pekerja.

11.0 MMK Pekerja juga boleh melakarkan program-program seperti bantuan guaman, program skill training dan sebagainya. Saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan cadangan saya.

Demokrasi
12.0 Selepas 3 tahun Pakatan Rakyat memegang kerajaan negeri, pelbagai initiative untuk mendemokrasikan negeri telah dijalankan. Saya beri contoh seperti meluluskan usul untuk menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan, draf undang-undang Freedom of Information dan juga menyediakan sudut free speech corner. Syabas kepada kerajaan negeri.

13.0 Kerajaan tidak harus henti begitu sahaja, malah kita harus memimpin arus perubahan dan pendemokrasian. Kerajaan Pakatan harus menggunakan kekuatan 2/3 DUN untuk melaksanakan reform pendemokrasian secepat mungkin.Saya ingin cadangkan 3 reform initiative untuk memantapkan demokrasi negeri Pulau Pinang.

14.0 Yang pertama, campaign finance reform.

15.0 Parti-parti politik di Negara ini kebanyakan mendapatkan dana pilihanraya dari ahli parti atau penyokong-penyokong. Saya tidak tahu dengan UMNO/BN sebab mereka kaya dan mempunyai banyak saluran. Baru-baru ini MACC mengesyorkan bahawa mereka ingin memantau sumbangan wang politik kerana ia adalah satu unsur rasuah. Tetapi menteri Barisan Nasional Hishamuddin Tun Hussein Oon cepat-cepat keluar kata tidak setuju, kononnya akan menakutkan penderma.

16.0 Ada satu buku….

17.0 Maka, kita tahu bahawa sumbangan politik adalah satu masalah yang besar dan mencabar system demokrasi Negara kita.

18.0 Kerajaan negeri harus menerajui campaign finance reform di negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah epicenter tsunami politik tahun 2008. Rakyat Pulau Pinang ingin melihat political reform.

19.0 Saya ingin mencadangkan penubuhan satu Tabung Amanah Pilihanraya. Tabung ini berfungsi untuk menyumbangkan wang kepada calon-calon pilihanraya, baik PR atau BN. Calon-calon akan menggunakan wang kerajaan untuk bertanding. Dengan ini, mereka dilarang mendapatkan sumbangan kewangan yang mungkin berunsur rasuah. Maka calon-calon boleh bertanding secara adil dan kita boleh memastikan pilihanraya dijalankan secara bersih.

20.0 Saya ingin mencadangkan RM100,000 untuk setiap calon di setiap DUN. Maka, kerajaan hanya perlu memperuntukan RM8juta untuk kesemua 40 kerusi pilihanraya DUN. Ini adalah satu kos yang cukup rendah untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan Bersih.

21.0 Sebenarnya, campaign finance yang dibiayai oleh kerajaan bukan sesuatu perkara yang baru. Negera German telah melaksanakan system ini selepas perang dunia kedua dan Berjaya mewujudkan Negara demokrasi yang mantap. Baru-baru ini, Negara Africa Naminbia juga melaksanakan Tabung Amanah Pilihanraya dan Negara tersebut mengalami pendemokrasian yang pesat.

22.0 Pulau Pinang haruslah menerajui pendemokrasian ini.

23.0 Kedua, Pemantapan Demokrasi Dewan Undangan Negeri.

24.0 Apa yang dimaksudkan pemantapan ini? Ada beberapa criteria yang disyorkan oleh Commonwealth Parliamentary Association CPA. Di antaranya Parliament atau DUN harus mempunyai independence of jurisdiction. Saya ingin syorkan bahawa kerajaan negeri memberi kuasa independent kepada DUN. Dimana DUN mempunyai kuasa tertentu. Contohnya kebebasan untuk mengurus kewangan DUN. Kewangan DUN diperuntukan oleh kerajaan negeri kemudian baget DUN ditentukan oleh select committee.

25.0 Kita harus belajar dari Dewan Undangan Negeri Selangor dan pimpinan Exco kerajaan Selangor dalam hal ini. Mereka telah kedepan dari segi pendemokrasian dan pemantapan DUN.

26.0 Ketiga, melanjutkan sidang DUN demi kerajaan yang lebih Accountable dan Transparent.

27.0 Saya memeriksa rekod dan dapati bahawa pada tahun 2005 sidang dewan 14 hari. Tahun 2006 dewan bersidang 12 hari. Tahun 2007, 12 hari. Tahun 2008, sidang dewan 14 hari. Tahun 2009, 12 hari.

28.0 Ini bukan satu rekod yang kurang memuaskan. Kerana kalau kita bandingkan dengan BN, tidak berbeza banyak. Saya nak ambil contoh Australia, DUN West Australia bersidang 22 minggu setiap tahun. Maksudnya lebih kurang 88 hari setahun.

29.0 Sidang DUN Pulau Pinang harus dipanjangkan untuk meningkatkan prestasi DUN dan memastikan kerajaan berfungsi secara accountable dan transparent.

Land Reclamation di Pantai Queensbay

30.0 Saya difahamkan kerajaan telah meluluskan penambakan tanah di pantai Queensbay. Ini adalah satu pampasan kerajaan negeri kepada Boustead Holding Bhd akibat larangan ketinggian di kawasan heritage UNESCO.

31.0 Boustead dibenarkan menambak 100 ekar tanah di pantai di hadapan Queensbay.

32.0 Setakat ini, saya masih belum dimaklumkan tentang projek ini maka saya tidak tahu secara teliti dengan projek ini. Saya meminta kerajaan negeri boleh memberi taklimat kepada Adun kawasan setiap kali projek besar dan penting seperti ini. Kami perlu jawab kepada pengundi-pengundi.

33.0 Saya ingin membangkitkan kekhuthiran dan reservation terhadap projek ini.

34.0 Pertama, projek tambakan boleh menghasilkan masalah alam sekitar. Kita harus mengambil iktibar dari projek tambakan E&O di Tanjung Tokong, di mana Gurney Drive mendapat mendapan dari situ. Mungkin mendapan akan berlaku di sekitar pantai Queensbay, Pulau Jerejak ataupun Batu Maung. Saya berharap EIA dijalankan secara teliti.

35.0 Kedua, Pulau Jerejak adalah crown jewel untuk negeri Pulau Pinang. Ia sepatutnya dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Sentosa Island di Singapura. Maka ia memerlukan tanah di sebelah kawasan Queensbay untuk melengkapkan pembangunan di Pulau Jerejak. Sebarang penambakan di kawasan sisiran pantai Queensbay harus dibuat secara berpandangan jauh.