Wednesday, May 25, 2011

Kenyataan Akhbar oleh Lim Guan Eng mengenai biasiswa JPA

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 25 Mei 2011 di Komtar, George Town.

Masyarakat tidak tertarik untuk mengetahui siapa wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah seseorang yang dapat memastikan semua pelajar cemerlang menerima biasiswa JPA.


UMNO dan MCA bercakaran bagi membuktikan siapa yang benar dalam isu pemberian biasiswa JPA yang dilihat seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelasaian kerana masih terdapat pelajar cemerlang yang masih tidak menerima biasiswa. Masyarakt kini tidak tertarik untuk mengetahui siapa jadi wira tetapi yang nyata wira sebenar ialah mereka yang dapat memastikan kesemua pelajar cemerlang ini boleh menerima biasiswa JPA.

Masyarakat bertambah keliru apabila kedua- dua UMNO dan MCA memberikan jawapan yang berlainan walaupun bernaung di bawah Menteri dalam Kabinet yang sama. Kekeliruan ini akan menjadi lucu jika difikirkan tetapi fakta sebenar ialah pelajar-pelajar cemerlang yang tidak bersalah akan menjadi mangsa atas pertelingkahan di antara UMNO dan MCA.

Sekiranya MCA benar, mengapa tiada tindakan diambil ke atas pegawai kerajaan yang gagal memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan memperbaiki kesilapan dan memberikan biasiswa kepada pelajar yang layak dengan segera? Namun jika UMNO benar, MCA kemudiannya harus meminta maaf kepada pelajar dan mendesak UMNO untuk mengubah polisi bagi memastikan biasiswa JPA diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira agama atau pun bangsa.

Permasalah tentang pelajar- pelajar cemerlang yang tidak menerima biasiswa JPA tetapi sebaliknya memberikan kepada pelajar yang mendapat keputusan lebih kurang cemerlang langsung menjadi ejekan kepada BN yang seolah- olah menegaskan sistem pendidikan Negara adalah berdasarkan merit dan prestasi. Kegagalan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar cemerlang hanya akan mendorong perpindahan pelajar (brain drain) dan menyebabkan kekurangan tarikan dan mengekalkan bakat sedia ada.

Pelajar- pelajar Malaysia yang telah berusaha keras untuk mencapai impian mereka kini berdepan dengan kemungkinan impian yang mereka bina hancur disebabkan oleh sistem birokrasi yang tidak cekap dan tidak menghargai. Bagaimana ibu bapa harus menjelaskan kepada anak- anak mereka bahawa selain melakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik, mereka juga akan dinafikan hak dan peluang disebabkan oleh kegagalan kerena birokrasi yang harus mereka tanggung kini?


Bagaimana Kerajaan Persekutuan harus lakukan kepada para pelajar untuk sesuatu yang mereka layak dan harus terima? Untuk melakukannya adalah sama seperti menghukum untuk sesuatu kesalahan yang bukan milik mereka. DAP berharap BN dapat memberhentikan permainan politik antara UMNO dan MCA tetapi sebaliknya memastikan bahawa semua pelajar cemerlang tidak menjadi mangsa keadaan seperti mana pepatah Melayu “Gajah dengan gajah bertembung, pelanduk mati di tengah-tengah.”


LIM GUAN ENG