KENYATAAN MEDIA 25 Julai 2011 Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang Membela Semua Kaum, Tidak Pinggirkan India Muslim Selain memperkenal dan mengamalkan urustadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang terus mendokong prinsip pentadbiran kerajaan berjiwa rakyat, adil kepada semua kaum. Demi rakyat – inilah yang membezakan pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang baru berusia 3 tahun berbanding kerajaan negeri terdahulu yang mengutamakan kroni dan suku sakat sejak lebih 50 tahun. Sebab itu tidak menghairankan, apabila wujud kaum dan kelompok tertentu terus terpinggir. Biarpun media yang dikuasai Umno Barisan Nasional sentiasa mengelapkan kejayaan demi kejayaan kerajaan negeri, namun hakikatnya rakyat Pulau Pinang khususnya, dapat mengecapi kejayaan dan menghadam manfaat ini bersama-sama. Kenyataan Presiden KIMMA Kebangsaan, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 25...
Stories and more...