MAP_OF_AREAS_AFFECTED ">
PENANG, 21/12/2010: Orang ramai di negeri Pulau Pinang dinasihatkan hari ini untuk membuat persiapan bagi menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan pada 28 Disember 2010.
Ketua Menteri Y.A.B Lim Guan Eng mengingatkan orang ramai untuk bersedia menghadapi gangguan bekalan air berkala kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu menjalankan kerja-kerja penting untuk penaiktarafan dan penyelenggaraan di beberapa loji rawatan air dan paip agihan di negeri Pulau Pinang.
Beliau berkata kebanyakan kawasan di Negeri Pulau Pinang akan mengalami gangguan selama 12 jam, dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Gertak Sanggul & Teluk Kumbar mungkin mengalami gangguan selama 24 jam (dari jam 7.00 pagi 28.12.2010 hingga 7.00 pagi 29.12.2010) kerana kawasan-kawasan ini terletak di hujung rangkaian paip agihan.
Kawasan-kawasan yang berdekatan dengan loji rawatan air yang sedia ada seperti Air Itam, Balik Pulau, Batu Ferringhi, Penang...
Stories and more...