Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 20.3.2011 di Komtar, Georgetown.
Pemimpin BN Harus Memberhentikan Penyalahgunaan Media Massa Bernama dan News Straits Time untuk Terus Menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Dengan Fitnah Bahawa PR Tidak Adil Dalam Pelaksanaan Wifi Percuma di Seluruh Pulau Pinang Kerana Ketepikan Kawasan Parlimen Barisan Nasional (BN). Pemimpin BN harus memberhentikan penyalahgunaan media massa Bernama dan News Straits Time untuk terus menghentam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan fitnah bahawa PR tidak adil dalam pelaksanaan Wifi percuma di seluruh Pulau Pinang kerana ketepikan kawasan parlimen Barisan Nasional (BN). Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang tidak merasa terkejut dengan serangan berterusan akhbar seperti New Straits Times yang tidak pernah bercakap benar kerana mendakwa Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang melakukan sesuatu pekara yang tidak pernah dilakukan sebaliknya cuba membetulkannya. Tetapi, bagi agensi media massa kebangsaan seperti Bernama yang tidak melaporkan penjelasan Kerajaan Negeri PR Pulau Pin...