KENYATAAN AKHBAR KONGRES MELAYU PULAU PINANG, (KMPP) Tarikh: 27hb Januari 2012 Kepada: PIHAK MEDIA TEMPATAN. Tajuk: ISU TANAH TANG HAK JU, “Barisan Nasional Berhutang kepada Rakyat Pulau Pinang”. Kenyataan akhbar ini dibuat oleh pihak KMPP adalah mewakili rakyat Pulau Pinang yang terpaksa menanggung wang pampasan RM500,000.00 akibat daripada kecuaian sehingga menyebabkan penipuan keatas seorang individu yang dikenali sebagai Tan Hak Ju. Keputusan oleh Mahkamah Rayuan pada 10/1/2012 tersebut jelas bahawa Kerajaan Negeri sekarang terpaksa menanggung liabiliti yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dimana rakyat negeri ini harus membuka mata bagaimana rakusnya dan licik pentadbiran Kerajaan sebelum ini sehingga mengheret rakyat negeri ini bersama menyelami kemelut kes ini. Walaupun pampasan telah dikurangkan dan sekalipun ianya bernilai RM1.00, ianya tetap wang rakyat yang menjadi pembayar cukai. Janganlah pula Pimpinan Barisan Nasional negeri ini c...
Stories and more...