Cubaan Membunuh Presiden KEADILAN 8 Januari 2012 Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) hari ini mengecam sekeras-kerasnya terhadap insiden cubaan membunuh Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada malam tadi. Serangan itu walaupun dapat dielak oleh Saudara Fayyad al-Bakri, pengawal keselamatan Keluarga Anwar Ibrahim, ia tetap diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh! Pihak Hospital Seberang Jaya telah mengesahkan serangan itu berpunca dari tusukan jarum yang menyuntik kandungan morfein berlebihan ke tapak tangan Fayyad. Suntikan beracun itu telah menghentikan nadi Fayyad buat seketika. Allah Maha Besar, terkini setakat 10.00 pagi, Fayyad sudah sedar dan dilaporkan stabil. AMKPP memandang serius akan isu ini, kerana cubaan membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya seakan sudah diatur sekian lama sejak penglibatan Anwar Ibrahim di dalam politik tanahair. Kita masih ingat akan insiden helikopter terhempas pada tahun 1994, rempuhan ala gestapo di ruma...
Stories and more...