Wednesday, June 8, 2011

Press Statement by Chow Kon Yeow on horse riding in Batu Ferringhi

Kenyataan media

YB Chow Kon Yeow, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas telah mengarahkan YDP Majlis Perbandaran Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kes kuda yang mencederakan seorang budak perempuan di Pantai Batu Ferringhi.

Kejadian ini telah mengakibatkan orang awam tercedera. Oleh itu, kami berharap pihak polis dapat menyiasat kes ini dan mendakwa pengusaha yang terlibat.

MPPP telah menghantar pasukan penguatkuasaan untuk meronda di sekitar Pantai Batu Ferringhi setiap hari dari 8 pagi hingga 8 malam supaya dapat membanteras aktiviti kuda di pantai. Malangnya masih terdapat pengusaha yang keluar mencari makan dan telah mencederakan orang awam.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri berharap pihak polis dapat mengcampur tangan untuk menyiasat kejadian ini serta mendakwa pengusaha terbabit.


Chow Kon Yeow